Sunday, October 4, 2009






Kuih Keria

Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air
5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Cara:
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.










Roti Jala

Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam

Setitik pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.

Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.

Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.

Kemudian setelah selesai angkat lipatkan se
gi empat atau segi tiga.









Kuih Cara Berlauk

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
1 biji kelapa (diperah santannya)
½ liter air
1 biji telur
2 tangkai cili merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggu nakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.











Kuih Seri Muka

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)














Kuih Lopis

Bahan-bahan ( 4-6 orang)

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • pewarna hijau
  • kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
  • garam
  • 1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 11/2 cawan air
  • *** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna
  2. Toskan pulut tadi
  3. Masukkan santan dan secubit garam
  4. Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak
  5. Sediakan cling film/plastik dan oleskan sedikti margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atsanya
  6. Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi
  7. Sejukkan pulut sbelum dipotong
  8. Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
  9. Untuk air gulanya -masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes












Kuih Apam Mekar

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak gu na 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan











Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.













Kuih Apam Pisang

Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )

  • 6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
  • 4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telur
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

  1. Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
  2. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
  3. Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.












Kuih Cara Manis

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak h angus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..










Kuih Talam Suji

Sumber : hanieliza.blogspot.com

Lapis bawah
1 1/2 cawan tepung suji

4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (3/4 cwn atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara

  1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat.
  2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 - 20 minit.
  3. Adunkan semua bahan lapis atas.
  4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.










Kuih Bakar Keledek

Sumber dar i Rozzan


Bahan-bahan :
250 gm keledek -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning (jika suka) –
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang ( gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.